Monday, 7 May 2012

Prejudiskah saya?


Terlintas di fikiran kita,apakah yang dimaksudkan dengan perjudis. “Adakah saya mempunyai prejudis”, “Sejauh manakah prejudis saya”, “apa pandangan saya terhadap orang lain”. Mungkin persoalan ini yang menjadi tanda tanya bagi kita sebaik saja melihat perkataan prejudis tersebut. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, prejudis bermaksud rasa suka atau tidak suka yang tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama dan sebagainya. Perkara pertama yang disenaraikan didalam maksud tersebut adalah KAUM dan AGAMA. Dalam erti kata lain, prejudis ini boleh merujuk kepada tanggapan pertama kita atau apa yang telah diterap didalam minda kita; “stereotype”.


1 Malaysia dan Wawasan 2020

1 Malaysia dan Wawasan 2020 adalah ilham daripada Perdana Menteri kita yang ke-6 (Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak) dan Mantan Perdana Menteri yang ke-4 (Tun Dr Mahathir Bin Mohamad). Tahniah Tikus ucapkan kepada kedua-dua Perdana Menteri kita ini atas ilham mereka. Apa yang menarik perhatian Tikus terhadap adalah tujuan 1Malaysia dan Wawasan 2020 diperkenalkan. Salah satu objektifnya adalah ingin menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, etnik, sub-etnik, kebudayaan, agama dan mengklasifikasikan diri kita sebagai Bangsa Malaysia. Satu usaha yang berterusan telah dilakukan oleh semua pihak untuk memastikan kejayaan objektifnya.Tahniah kepada pihak yang terlibat!


Prejudiskah saya?

Namun salah satu cabaran yang dihadapi dalam memastikan objektif tersebut tercapai adalah datangnya daripada sikap kita sendiri, rakyat Malaysia. Tanpa perubahan dalam diri kita, tidak mungkin objektif yang inginkan kita menjadi Bangsa Malaysia tercapai. “Bagaimana saya boleh mengetahui samada saya prejudis atau tidak”?. Pernah anda berkata “Bangsa/agama ini sahaja yang mendapat keistimewaan”? Jika Ya, prejudislah anda. Atau “Etnik/Agama itu sesat atau jahat”?. Ya!Prejudislah anda. Tanpa kita sedari sesuatu yang diucapkan atau tindakan kita yang tidak suka terhadap sesuatu kaum dan agama sebenarnya mendorong kita secara perlahan untuk membina satu tembok dalam diri kita. Apakah tembok tersebut? TEMBOK PREJUDIS!! Lama-kelamaan tembok tersebut yang akan menghalang hubungan kita dengan orang lain dan juga sukar untuk kita mencapai objektif untuk mengklasifikasikan diri kita sebagai BANGSA MALAYSIA. Namun tidak semua daripada kita sejak dilahirkan terus mempunyai prejudis tersebut. Tikus percaya kebanyakkan daripada kita sejak dari kecil lagi ada yang telah diterapkan, dipengaruhi mahupun mendengar prejudis-prejudis ini yang menyebabkan kita terikut-ikut sehingga kini. Pengaruh terhadap prejudis ini boleh datang daripada orang sekeliling kita samada keluarga, rakan-rakan atau majikan kita. Malah pengaruh tersebut juga boleh datang daripada media massa itu sendiri.


Peranan Saya..

Jadi apakah yang boleh dilakukan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mengelak dan sekali gus merobohkan TEMBOK PREJUDIS yang telah kita/orang lain bina dalam diri kita selam berkurun. Disini Tikus ingin sarankan supaya kita bermula dari dalam diri kita terlebih dahulu. Tanpa ada tindakan daripada dalam diri kita sendiri, tidak mungkin proses untuk merobohkan TEMBOK tersebut dapat dicapai. Haruslah kita hati-hati dengan apa sahaja bahan bacaan yang kit abaca atau media massa yang menjadi pilihan kita. Tanpa disedari ada diantaranya bertujuan untuk membina TEMBOK PREJUDIS dalam diri kita. Bagi institusi kekeluargaan pula, seharusnya kita mendidik anak-anak kita supaya melihat setiap individu tersebut sama rata tanpa mengira latar belakang mereka termasuk bangsa, agama dan sebagainya. Haruslah IbuBapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak mereka dan jangan menggalas sepenuhnya tanggungjawab untuk mendidik kepada guru-guru disekolah. Institusi pendidikan juga memainkan peranan yang penting untuk merealisasikan impian semua pihak tidak mengira peringkat termasuk institusi pengajian tinggi. Bagi individu pula, apa yang perlu kita lakukan adalah untuk mengasihi sesama kita. Tanpa ada perasaan kasih sayang, kita tidak mungkin berhasil untuk merobohkan TEMBOK PREJUDIS tersebut. Apa yang boleh Tikus sarankan disini adalha kita bermula daripada langkah pertaama yang mudah, iaitu dengan memberi senyuman ataupun kita boleh duduk makan semeja dengan pelbagai kaum dan agama. Menjadi teman dan berkongsi pelbagai cerita. Melalui langkah yang sekecil ini kita dapat mengetahui cerita daripada pihak yang lain dan secara perlahan TEMBOK PREJUDIS tersebut akan mulai roboh. Dalam masa yang sama juga kita dapat menghargai sesama kita sendiri dan secara perlahan menerap nilai kasih sayang yang tidak berbelah bagi.

 Together We Make This Love Undivided Making Malaysia A Better Place

 

No comments:

Post a Comment