Salam kepada semua dan berharap anda semua menikmati kehidupan ini dengan penuh bermakna. Kali ini Tikus membawa anda semua untuk melihat isu yang semakin menjadi-jadi dikalangan masyarakat kita. Isu yang mungkin jarang atau takut untuk kita campurtangan apabila kita mendengar atau melihat ianya berlaku disekeliling kita. ISU PENDERAAN TERHADAP WANITA DAN KANAK-KANAK, PEMBUANGAN BAYI DAN KEGANASAN DOMESTIK. Isu yang sentiasa menjadi penulisan di akhbar-akhbar Negara kita malahan juga di internet pada masa kini. Terlibih dahulu tahniah kepada media massa yang sentiasa membawa kita dan menyedarkan kita tentang apa yang berlaku di sekeliling kita. Langkah yang diambil media massa ini menunjukkan bahawa kita perlu sedar tentang apa yang berlaku disekeliling kita dan juga untuk memberitahu kita bahawa ada masyarakat lain lagi yang hidup di muka bumi ini selain dari kita sendiri.
Ambil Tahukah Kita?
Mungkin ada diantara kita yang ingin dan ambil tahu tentang apa yang berlaku disekeliling kita. Namun, adakah orang sekeliling kita tahu tentang apa yang berlaku dan apa pandangan kita. Bukan ingin mengajak kita untuk “menjaga tepi kain” orang, namun apa yang Tikus ingin tegaskan disini adalah supaya kita prihatin terhadap orang lain dan juga mengamalkan rasa kasih sayang itu. Siapakah jiran kita?Apa yang mereka lakukan?kenalkah kita dengan anak-anak mereka? Mungkin itu adalah persoalan yang mudah untuk dilihat namun “mudahkah” kita untuk meluahkan soalan tersebut. Jadi Tikus berharap disini supaya kita terus mengambil langkah dengan sikap yang “ingin tahu” namun janganlah melampui batas yang tertentu.
Penderaan,Pembuangan Bayi dan Keganasan-Punca?
Keganasan domsetik kini semakin menjadi-jadi dinegara kita. Penculikan,kes ragut, kes peras ugut malah ada sesetengahnya berakhir kepada pembunuhan sentiasa saja muncul di media massa. Apatah lagi kes penderaan terhadap wanita dan kanak-kanak serta kes yang sentiasa “mendapat tempat” di media massa kita iaitu kes pembuangan bayi. Sudah banyak kempen yang diperkenalkan oleh kerajaan namun kes-kes ini tetap berlaku juga. Mungkinkah kurangnya pemantauan dari pihak berkuasa atau masyarakat kita sendiri yang kurang ingin ambil tahu kerana mereka selesa ditempat mereka sekarang ini? Tidaklah kita boleh meletakkan 100% kesalahan ditangan pihak berkuasa dan masyarakat itu sendiri. Mungkin puncanya datang dari pelbagai faktor. Mungkin ada diantaranya dipengaruhi oleh desakan untuk terus hidup, pengaruh orang sekeliling,keretakan dalam institusi keluarga,masalah kesihatan seseorang dan mungkin juga datang dari individu itu sendiri yang masa mungkin dipengaruhi oleh pengalaman masa lampau. Seharusnya apa yang kita perlu lakukan terlebih dahulu adalah mengambil tahu puncanya dan bertindak mengikut saluran yang betul.
Peranan Kami Sebagai Masyarakat
Peranan pertama yang perlu ada pada kita dan yang paling utama adalah MEMBUAT TANGGAPAN NEGATIF terhadap individu yang terlibat. Seperti kes pembuangan bayi, kita tidak meletakkan kesalahan terhadap si pelaku. Ini mungkin kerana kurangnya BANTUAN daripada masyarakat kita atau CACIAN terhadap mereka yang mendorong mereka untuk melakukan pembuangan bayi. Mungkin sesetengah daripada mereka diperlakukan bukan atas kerelaan mereka seperti kes rogol yang berlaku. Begitu juga kes-kes ragut yang berlaku kerana mungkin ada diantara mereka adalah banduan-banduan yang tidak mendapat tempat atau pekerjaan dikalangan masyarakat kita yang akhirnya membawa mereka untuk mencari rezeki dengan jalan yang mudah.
Kita juga seharusnya berkongsi dengan masyarakat sekeliling kita tentang apa yang berlaku dinegara kita atau sekeliling kita. Jika kita mendengar atau melihat terdapat kes penderaan atau keganasan yang berlaku disekeliling kita, seharusnya kita mengambil langkah dengan melaporkan kepada pihak berkuasa. Kerajaan telah memperkenalkan Talian Nur (15999) bagi kita melaporkan kes-kes seperti penderaan dan juga kita boleh menghubungi Talian 999 bagi melaporkan kepada pihak berkuasa yang berada di tempat kita. Walaupun langkah yang kita ambil ini begitu mudah dengan hanya mendial,namun ianya akan memberi impak yang besar terhadap kesedaran masyarakat dinegara kita dan terutamanya terhadap individu yang terlibat itu sendiri.
P/S:Tikus terlibat dengan 1 kempen yang dipanggil Thursday In Black (TIB) dimana setiap hari khamis Tikus akan menggunakan pakaian serba hitam bagi menyatakan bahawa Tikus menentang Kes rogol, penderaan dan keganasan terhadap wanita dan juga kanak-kanak serta kes pembuangan bayi. Kempen ini juga disertai Pelajar-pelajar kampus di Malaysia. (www.salient.org.nz/features/thursday-in-black-2)
I just knew the existing of Tikus. Good writing bro.
ReplyDeletethanks bro...br mok menceburi..sila bagi tunjuk ajar..hehehe..
Delete