Sunday 1 July 2012

Semangat Yang Hilang


Gol!!! Dan selesai sudah Euro 2012 dengan Spain menjadi Juara Eropah sekaligus mencipta sejarah apabila menjadi negara pertama yang memenangi kejohanan utama dunia dalam tempoh 3 tahun. Tahniah kepada Spain! Persembahan para pemain Itali juga haruslah dipuji kerana mereka menyusun cara permainan mereka dengan baik namun pada babak ke 2 perlawanan mereka telah hilang sesuatu yang sangat penting iaitu SEMANGAT. Semangat berpasukan dapat kita lihat dalam pasukan Itali namun apa yang hilang ialah semangat individu tersebut. Semangat untuk memenangi perlawanan tersebut, semangat untuk menempa kejayaan atau semangat untuk berusaha.


Kehidupan hari ini…

Setiap individu menghadapi pelbagai masalah yang menyebabkan mereka berputus asa dan berhenti melakukan atau mengejar apa yang mereka inginkan. Semangat yang berkobar-kobar hilang begitu sahaja. Kehidupan kita hari ini lebih banyak dipengaruhi oleh orang disekeliling kita, apa yang kita baca dari media masa, mungkin sesuatu program yang dianjurkan, mencemburui kejayaan orang lain dan banyak lagi pengaruhnya. Negara kita juga kehilangan semangat permuafakatan itu. Tidak cukup hanya seorang pejuang kedamaian atau keamanan sahaja tetapi memerlukan sokongan dan bantuan semua yang tinggal di satu Negara untk mencapai satu tujuan itu. Semakin hari semakin luntur semangat kenegaraan itu yang tanpa kita sedari pada suatu hari nanti akan lenyap begitu sahaja dan semakin menebal lah sifat “pentingkan diri sendiri” itu.


Masa hadapan…

Apakah harapan kita untuk masa hadapan terutamanya untuk Negara yang kita cintai, Malaysia? Pada masa hadapan apa yang Tikus harapkan adalah untuk semua kita bersatu dalam satu semangat permuafakatan. Semangat yang hanya dapat kita lihat semasa perlawanan bola sepak terutamanya bila perlawanan yang melibatkan pasukan Malaysia. Inilah yang kita impikan di Negara ini, dimana kita lupa seketika akan latar belakang yang menjadi “identiti kita” dan hanya memikirkan kejayaan Negara kita. Dan bila ini berlaku, yaknilah bahawa Negara kita akan disanjung tinggi dimata dunia. Sudah tentu masa hadapan itu menjanjikan sesuatu yang lebih bermakna tanpa kita ragu-ragu.



Semalam adalah sejarah, menjadi panduan hari ini untuk merealisasikan masa hadapan yang lebih indah dan yang penting adalah hari ini, apa yang kita lakukan.