Saturday 26 May 2012

Sedetik..


Mari kita merenung sejenak, bermulanya dari masa kecil kita sehingga ke hari ini. Tikus percaya setiap dari kita mempunyyai kenangan yang pahit dan manis untuk diingati. Dan setiap pengalaman ini membawa pengertian yang bermakna dalam kehidupan kita. Kali ini Tikus ingin membawa kita untuk melihat kehidupan ini bukan saja menjawab persoalan “Sejauh manakah saya mampu meneruskan tetapi persoalannya bagaimana saya mampu meneruskan?”


Persoalan demi persoalan.. 

 

Kehidupan ini penuh dengan persoalan yang perlu dicari. Bagi Tikus, setiap persoalan yang kita hadapi dalam kehidupan kita ini membuatkan kita lebih matang sebenarnya. Setiap persoalan yang timbul akan disertai perasaan ingin tahu. Ingin tahu merupakan perasaan yang semula jadi yang wujud di dalam diri kita manusia namun sejauh manakah perasaan ingin tahu kita ini membawa kebaikan kepada kita? Kadang-kadang ingin tahu ini boleh menyebabkan kita terlampau obses yang membawa kita bukan menjawab terhadap persoalan tersebut namun lebih kepada kepuasan diri. PERSOALAN>INGIN TAHU>JAWAPAN (namun jangan terlalu obsess yang memungkinkan kita memuasakan perasaan ingin tahu tersebut).


Kehidupan lebih bermakna..

 

Setelah kita berjaya menjawab persoalan dalam kehidupan haruslah diikuti dengan “bagaimana”. Seperti yang Tikus katakan, bukan tentang sejauh mana tapi bagaimana untuk pergi lebih jauh. Orang disekeliling kita menjadi pendorong untuk kita meneruskan kehidupan. Mendengar cerita orang-orang yang terdahulu dari kita memungkinkan kita untuk meneruskan kehidupan ini. Dan tanpa kita sedari melalui cerita-cerita ini kita melalui terkenang orang yang pernah berjalan bersama kita melalui kehidupan ini. Kenangan dan cerita sebegini yang membawa kita untuk menghargai kehidupan ini dengan lebih bermakna.


Setiap nyawa berharga…

 

Tuhan memberikan kita peluang untuk hidup di dunia ini dan setiap apa yang kita lakukan haruslah menurut kehendak-Nya. Jadi hargailah setiap nyawa yang ada. Jangan mudah untuk mengambil jalan yang mudah bila berhadapan dengan masalah dalam kehidupan. Apa yang kita lakukan sekitanya tidak menurut kehendak-Nya, ibarat kita melawan setiap ketentuan-Nya. Siapa disekeliling kita pada hari ini haruslah kita hargai. Mungkin sukar untuk kita memperlihatkannya dalam perbuatan namun dengan doa sudah cukup untuk mengibaratkan betapa kita bersyukur kepada Tuhan atas orang disekeliling kita. NIAT itu penting. Ini yang memungkinkan kita untuk meneruskan kehidupan ini.

Jangan Biarkan Setiap Saat Itu Terlepas Begitu Saja!!

Burung yang terbang saban senja
Berlegar manja di langit sepi
Mendorongku untuk bertanya:
Pernahkah ia merasa sunyi?
~ A. Samad Said

Wednesday 16 May 2012

Penderaan,Pembuangan Bayi dan Keganasan


Salam kepada semua dan berharap anda semua menikmati kehidupan ini dengan penuh bermakna. Kali ini Tikus membawa anda semua untuk melihat isu yang semakin menjadi-jadi dikalangan masyarakat kita. Isu yang mungkin jarang atau takut untuk kita campurtangan apabila kita mendengar atau melihat ianya berlaku disekeliling kita. ISU PENDERAAN TERHADAP WANITA DAN KANAK-KANAK, PEMBUANGAN BAYI DAN KEGANASAN DOMESTIK. Isu yang sentiasa menjadi penulisan di akhbar-akhbar Negara kita malahan juga di internet pada masa kini. Terlibih dahulu tahniah kepada media massa yang sentiasa membawa kita dan menyedarkan kita tentang apa yang berlaku di sekeliling kita. Langkah yang diambil media massa ini menunjukkan bahawa kita perlu sedar tentang apa yang berlaku disekeliling kita dan juga untuk memberitahu kita bahawa ada masyarakat lain lagi yang hidup di muka bumi ini selain dari kita sendiri.


Ambil Tahukah Kita?

Mungkin ada diantara kita yang ingin dan ambil tahu tentang apa yang berlaku disekeliling kita. Namun, adakah orang sekeliling kita tahu tentang apa yang berlaku dan apa pandangan kita. Bukan ingin mengajak kita untuk “menjaga tepi kain” orang, namun apa yang Tikus ingin tegaskan disini adalah supaya kita prihatin terhadap orang lain dan juga mengamalkan rasa kasih sayang itu. Siapakah jiran kita?Apa yang mereka lakukan?kenalkah kita dengan anak-anak mereka? Mungkin itu adalah persoalan yang mudah untuk dilihat namun “mudahkah” kita untuk meluahkan soalan tersebut. Jadi Tikus berharap disini supaya kita terus mengambil langkah dengan sikap yang “ingin tahu” namun janganlah melampui batas yang tertentu.





Penderaan,Pembuangan Bayi dan Keganasan-Punca?

Keganasan domsetik kini semakin menjadi-jadi dinegara kita. Penculikan,kes ragut, kes peras ugut malah ada sesetengahnya berakhir kepada pembunuhan sentiasa saja muncul di media massa. Apatah lagi kes penderaan terhadap wanita dan kanak-kanak serta kes yang  sentiasa “mendapat tempat” di media massa kita iaitu kes pembuangan bayi. Sudah banyak kempen yang diperkenalkan oleh kerajaan namun kes-kes ini tetap berlaku juga. Mungkinkah kurangnya pemantauan dari pihak berkuasa atau masyarakat kita sendiri yang kurang ingin ambil tahu kerana mereka selesa ditempat mereka sekarang ini? Tidaklah kita boleh meletakkan 100% kesalahan ditangan pihak berkuasa dan masyarakat itu sendiri. Mungkin puncanya datang dari pelbagai faktor. Mungkin ada diantaranya dipengaruhi oleh desakan untuk terus hidup, pengaruh orang sekeliling,keretakan dalam institusi keluarga,masalah kesihatan seseorang dan mungkin juga datang dari individu itu sendiri yang masa mungkin dipengaruhi oleh pengalaman masa lampau. Seharusnya apa yang kita perlu lakukan terlebih dahulu adalah mengambil tahu puncanya dan bertindak mengikut saluran yang betul.


Peranan Kami Sebagai Masyarakat

Peranan pertama yang perlu ada pada kita dan yang paling utama adalah MEMBUAT TANGGAPAN NEGATIF terhadap individu yang terlibat. Seperti kes pembuangan bayi, kita tidak meletakkan kesalahan terhadap si pelaku. Ini mungkin kerana kurangnya BANTUAN daripada masyarakat kita atau CACIAN terhadap mereka yang mendorong mereka untuk melakukan pembuangan bayi. Mungkin sesetengah daripada mereka diperlakukan bukan atas kerelaan mereka seperti kes rogol yang berlaku. Begitu juga kes-kes ragut yang berlaku kerana mungkin ada diantara mereka adalah banduan-banduan yang tidak mendapat tempat atau pekerjaan dikalangan masyarakat kita yang akhirnya membawa mereka untuk mencari rezeki dengan jalan yang mudah.

Kita juga seharusnya berkongsi dengan masyarakat sekeliling kita tentang apa yang berlaku dinegara kita atau sekeliling kita. Jika kita mendengar atau melihat terdapat kes penderaan atau keganasan yang berlaku disekeliling kita, seharusnya kita mengambil langkah dengan melaporkan kepada pihak berkuasa. Kerajaan telah memperkenalkan Talian Nur (15999) bagi kita melaporkan kes-kes seperti penderaan dan juga kita boleh menghubungi Talian 999 bagi melaporkan kepada pihak berkuasa yang berada di tempat kita. Walaupun langkah yang kita ambil ini begitu mudah dengan hanya mendial,namun ianya akan memberi impak yang besar terhadap kesedaran masyarakat dinegara kita dan terutamanya terhadap individu yang terlibat itu sendiri.

P/S:Tikus terlibat dengan 1 kempen yang dipanggil Thursday In Black (TIB) dimana setiap hari khamis Tikus akan menggunakan pakaian serba hitam bagi menyatakan bahawa Tikus menentang Kes rogol, penderaan dan keganasan terhadap wanita dan juga kanak-kanak serta kes pembuangan bayi. Kempen ini juga disertai Pelajar-pelajar kampus di Malaysia. (www.salient.org.nz/features/thursday-in-black-2)

Monday 7 May 2012

Malaysian Artistes For Unity-Here In My Home

Hold on, brother hold on
The road is long, we're on stony ground
But I'm strong, and you ain't heavy
Oh there's a misspoken truth that lies
Colors don't bind, oh no
What do they know? They speak falsely

Here in my home
I'll tell you what it's all about
There's just one hope here in my heart
One love undivided
That's what it's all about
Please won't you fall in one by one by one with me?
Fall in with me
Fall in fall in fall in with me

Push back sister won't you push back?
Love won't wait, just keep pushing on
Yeah I'm strong, you ain't heavy
Oh don't you worry about that...
What we have shadows can't deny
Don't you know it's now or never?

Here in my home
I'll tell you what it's all about
There's just one hope, here in my heart
One love undivided
That's what it's all about
Please won't you fall in one by one?

(Malay)
Bertubi asakan berkurun lamanya
Hati ke depan mencari yang sayang
[Years of fears and years of tribulation
The heart keeps searching for that endless devotion]

(chinese)
Shou qian shou da jia yi qi zou, wo men dai biao guo ren kai kou wei lai jiu mei you diu zou
[meaning: Hand in hand we'll march like blood brothers
I speak for my people, hope we'll find peace forever]

(tamil)
Inthe payanam payanamm yen vettri thaagam
Anthee kaana kaalam naam vetri raagam... nanba nanba
[meaning: May the road ahead quench my thirst for success
May the road behind echo a song of the blessed]

(Bahasa English)
Yes I feel it in my bones, so I will let it be known
No matter where I roam this is home sweet home

Here in my home
I'll tell you what it's all about
There's just one hope here in my heart
One love undivided
That's what it's all about
Please won't you fall in one by one by one with me?

Here in my home
I'll tell you what it's all about
There's just one hope here in my heart
One love undivided
That's what it's all about
Please won't you fall in one by one by one with me?

Here in my home
I'll tell you what it's all about
There's just one hope here in my heart
One love undivided
That's what it's all about
Please won't you fall in one by one by one with me?

Prejudiskah saya?


Terlintas di fikiran kita,apakah yang dimaksudkan dengan perjudis. “Adakah saya mempunyai prejudis”, “Sejauh manakah prejudis saya”, “apa pandangan saya terhadap orang lain”. Mungkin persoalan ini yang menjadi tanda tanya bagi kita sebaik saja melihat perkataan prejudis tersebut. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, prejudis bermaksud rasa suka atau tidak suka yang tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama dan sebagainya. Perkara pertama yang disenaraikan didalam maksud tersebut adalah KAUM dan AGAMA. Dalam erti kata lain, prejudis ini boleh merujuk kepada tanggapan pertama kita atau apa yang telah diterap didalam minda kita; “stereotype”.


1 Malaysia dan Wawasan 2020

1 Malaysia dan Wawasan 2020 adalah ilham daripada Perdana Menteri kita yang ke-6 (Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak) dan Mantan Perdana Menteri yang ke-4 (Tun Dr Mahathir Bin Mohamad). Tahniah Tikus ucapkan kepada kedua-dua Perdana Menteri kita ini atas ilham mereka. Apa yang menarik perhatian Tikus terhadap adalah tujuan 1Malaysia dan Wawasan 2020 diperkenalkan. Salah satu objektifnya adalah ingin menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, etnik, sub-etnik, kebudayaan, agama dan mengklasifikasikan diri kita sebagai Bangsa Malaysia. Satu usaha yang berterusan telah dilakukan oleh semua pihak untuk memastikan kejayaan objektifnya.Tahniah kepada pihak yang terlibat!


Prejudiskah saya?

Namun salah satu cabaran yang dihadapi dalam memastikan objektif tersebut tercapai adalah datangnya daripada sikap kita sendiri, rakyat Malaysia. Tanpa perubahan dalam diri kita, tidak mungkin objektif yang inginkan kita menjadi Bangsa Malaysia tercapai. “Bagaimana saya boleh mengetahui samada saya prejudis atau tidak”?. Pernah anda berkata “Bangsa/agama ini sahaja yang mendapat keistimewaan”? Jika Ya, prejudislah anda. Atau “Etnik/Agama itu sesat atau jahat”?. Ya!Prejudislah anda. Tanpa kita sedari sesuatu yang diucapkan atau tindakan kita yang tidak suka terhadap sesuatu kaum dan agama sebenarnya mendorong kita secara perlahan untuk membina satu tembok dalam diri kita. Apakah tembok tersebut? TEMBOK PREJUDIS!! Lama-kelamaan tembok tersebut yang akan menghalang hubungan kita dengan orang lain dan juga sukar untuk kita mencapai objektif untuk mengklasifikasikan diri kita sebagai BANGSA MALAYSIA. Namun tidak semua daripada kita sejak dilahirkan terus mempunyai prejudis tersebut. Tikus percaya kebanyakkan daripada kita sejak dari kecil lagi ada yang telah diterapkan, dipengaruhi mahupun mendengar prejudis-prejudis ini yang menyebabkan kita terikut-ikut sehingga kini. Pengaruh terhadap prejudis ini boleh datang daripada orang sekeliling kita samada keluarga, rakan-rakan atau majikan kita. Malah pengaruh tersebut juga boleh datang daripada media massa itu sendiri.


Peranan Saya..

Jadi apakah yang boleh dilakukan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mengelak dan sekali gus merobohkan TEMBOK PREJUDIS yang telah kita/orang lain bina dalam diri kita selam berkurun. Disini Tikus ingin sarankan supaya kita bermula dari dalam diri kita terlebih dahulu. Tanpa ada tindakan daripada dalam diri kita sendiri, tidak mungkin proses untuk merobohkan TEMBOK tersebut dapat dicapai. Haruslah kita hati-hati dengan apa sahaja bahan bacaan yang kit abaca atau media massa yang menjadi pilihan kita. Tanpa disedari ada diantaranya bertujuan untuk membina TEMBOK PREJUDIS dalam diri kita. Bagi institusi kekeluargaan pula, seharusnya kita mendidik anak-anak kita supaya melihat setiap individu tersebut sama rata tanpa mengira latar belakang mereka termasuk bangsa, agama dan sebagainya. Haruslah IbuBapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak mereka dan jangan menggalas sepenuhnya tanggungjawab untuk mendidik kepada guru-guru disekolah. Institusi pendidikan juga memainkan peranan yang penting untuk merealisasikan impian semua pihak tidak mengira peringkat termasuk institusi pengajian tinggi. Bagi individu pula, apa yang perlu kita lakukan adalah untuk mengasihi sesama kita. Tanpa ada perasaan kasih sayang, kita tidak mungkin berhasil untuk merobohkan TEMBOK PREJUDIS tersebut. Apa yang boleh Tikus sarankan disini adalha kita bermula daripada langkah pertaama yang mudah, iaitu dengan memberi senyuman ataupun kita boleh duduk makan semeja dengan pelbagai kaum dan agama. Menjadi teman dan berkongsi pelbagai cerita. Melalui langkah yang sekecil ini kita dapat mengetahui cerita daripada pihak yang lain dan secara perlahan TEMBOK PREJUDIS tersebut akan mulai roboh. Dalam masa yang sama juga kita dapat menghargai sesama kita sendiri dan secara perlahan menerap nilai kasih sayang yang tidak berbelah bagi.

 Together We Make This Love Undivided Making Malaysia A Better Place

 

Thursday 3 May 2012

Melawan Arus,Mengikut Arus



3 Mei setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Kebebasan Akhbar Sedunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Tujuan pengisytiharan ini adalah bagi menimbulkan kesedaran tentang pentingnya KEBEBASAN AKHBAR dan MENGINGATKAN KERAJAAN-KERAJAAN akan tugas mereka untuk menghormati dan mendukung hak KEBEBASAN BERSUARA seperti yang termaktub di bawah Artikel 19, Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat ( http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Kebebasan_Akhbar_Sedunia). Ingin Tikus tekankan disini adalah tentang tujuan Hari Kebebasan Akhar Sedunia: KEBEBASAN AKHBAR, MENGINGATKAN KERAJAAN-KERAJAAN dan KEBEBASAN BERSUARA. Ya, jika dilihat disini bukan sahaja merujuk kepada satu pihak kerajaan sahaja tapi merujuk kepada KERAJAAN-KERAJAAN.


Maju setapak..

Media massa kita pada masa kini telah maju setapak lagi tahun demi tahun. Pelbagai saluran dijadikan pilihan untuk menyampaikan berita mereka. Setiap saluran ini ada kelemahan dan kelebihannya. Namun sejauh mana kita mampu mempercayai dengan ketelusan setiap saluran media massa yang kita pilih. Teknologi yang begitu maju pada masa kini mampu melakukan segalanya melampui batas manusia. Video, muzik, berita, artikel, gambar dan sebagainya pada masa kini begitu mudah untuk disunting dengan menggunakan perisian yang sesuai. Namun harus kita ingat bahawa sebaik mana pun suntingan tersebut pasti akan ada kecacatannya.




Siapa yang menerima?

Kebergantungan media massa pada masa kini amatlah ditagih terutamanya bagi mereka yang tinggal dikawasan pedalaman. Saluran yang menjadi pilihan oleh  mereka yang berada dikawasan pedalaman adalah Radio (itupun jika mampu dibeli). Mari kita akui bahawa corong-corong radio dinegara kita banyak dipengaruhi oleh sebelah pihak. Ya!Setiap stesen radio dinegara kita terletak dibawah kawalan Kementerian yang berkenaan begitu juga dengan stesen televisyen kita. Lantas ini yang telah mendorong kewujudan banyak laman sesawang  yang ingin bersikap telus dan adil dalam menyampaikan berita malah ada stesen radio yang sanggup beroperasi diluar Negara supaya tidak dikekang oleh undang-undang Negara kita. Namun sejauh mana mereka yang berada dikawasan pedalam mempunyai pengetahuan dalam menggunakan laman sesawang atau adakah mereka mempunyai kemudahan internet?


Peranan Media Massa

Oleh itu peranan media massa amatlah ditagih untuk menyampai berita yang benar keseluruh pelusuk Negara. Dan pada tahun ini Tikus ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada media massa dinegara kita kerana terdapat perkembangan dalam berita yang mereka lapor atau sampaikan kepada penonton. Namun masih ada sesetengah media massa TAKUT untuk menyampaikan KEBENARAN oleh kerana “ORANG YANG DIBELAKANG TADBIR”. Takut akan periuk nasi diganggu mungkin lesen ditarik kembali atau pengharaman kepada media massa ini. Mengambil petikan kata dari filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang berjudul Nujum Pak Belalang, Allahyarham pernah berkata “sedangkan cacing dalam tanah boleh makan, inikan pula kita manusia”. Jadi seruan kepada media-media massa supaya jangan takut untuk melapor kepada kebenaran. Lebih banyak media massa yang melaporkan kebenaran, dengan begitu mudah media massa kita akan kembali mengambil hak kebebasan mereka.


Ketelusan atau Integriti..

Media massa Negara kita haruslah melaporkan sesuatu berita itu dengan telus tanpa berselindung. Namun ketelusan juga boleh dimanipulasi oleh mana-mana pihak yang mempunyai kuasa. Oleh itu integriti haruslah menjadi suatu kewajiban kepada setiap petugas-petugas media massa. Anda tahu apa yang benar namun anda tidak melaporkannya. Tindakan ini boleh diertikan sebagai tidak berintegriti. Jadi marilah kita bersama-sama memilih untuk mengamalkan integriti di dalam diri kita dalam melakukan tugas. Pilihlah untuk melawan arus berbanding mengikut arus. Kita tahu bahawa arus media massa kita banyak dipengaruhi. Jangan takut untuk melawan arus, semakin kita melawan arus semakin kita dapat melihat usaha dan titik peluh kita.

Dikesempatan ini Tikus ingin mengucapakan tahniah dan syabas kepada petugas-petugas media massa yang telah bertungkus lumus dalam menjalankan tugas anda sehingga ada yang sanggup mengambil risiko tanpa menghiraukan keselamatan dan nyawa mereka. Marilah kita bersama-sama menghargai petugas-petugas media massa dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka. Jika ada diantara keluarga atau rakan-rakan kita yang bertugas dalam media massa, railah mereka atas usaha mereka.Terima Kasih!


MEDIA MASSA BERINTEGRITI,NEGARA DIHORMATI

Wednesday 2 May 2012

Bukan untuk POLITIK tapi untuk MASA DEPAN!!


              Terlebih dahulu Tikus ingin menyatakan bahawa Tikus bukan menjadi penyokong mana-mana parti politik di Negara ini. Tikus datang sebagai seorang individu yang ingin melihat keadilan,kebenaran, perpaduan di antara rakyat,suara kepada semua yang tidak berdaya dan terutamanya Tikus datang sebagai warganegara Malaysia yang inginkan Negara nya maju ke hadapan namun berlandaskan keadilan dan kebenaran.

Mengupas kembali apa yang berlaku pada 28.04.2012 (ya!!tekaan anda betul),perhimpunan BERSIH 3.0 yang lalu. Selepas sahaja perhimpunan tersebut banyaklah isu-isu yang kita dengar terutamanya tentang kekasaran pihak polis terhadap peserta perhimpunan,sebaliknya juga berlaku kepada pihak polis,kekasaran terhadap para wartawan yang bertugas,kerugian yang di alami peniaga di kawasan tersebut malah kekotoran yang dilakukan selepas perhimpunan tersebut juga dijadikan isu. Semua isu ini telah kita jangkakan tidak kira samada perhimpunan,pilihan raya,konsert,perlawanan bola sepak dan sebagainya. Bukan hendak menuding jari kepada mana-mana pihak tapi apa yang perlu kita perlihatkan disini adalah disebalik tujuan perhimpunan tersebut.

Apa 8 tuntutan itu??

BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih), Reformasikan Undi Pos, Gunakan Dakwat Kekal,  Akses Media Yang Bebas & Adil, Tempoh Berkempen Minima 21 Hari, Kukuhkan Institusi Awam, Hentikan Rasuah dan Hentikan Politik Kotor. Ini adalah 8 tuntutan BERSIH dan mengapa perhimpunan tersebut diadakan. Ya kerajaan telah meluluskan Penggunaan Dakwat Kekal namun hanya 1 daripada 8 tuntutan tersebut. Mari kita akui bahawa daripada 8 tuntutan tersebut terdapat 1 tuntutan yang mungkin sukar untuk dilakasanakan.YA!!HENTIKAN RASUAH. Rasuah bukan hanya merujuk kepada pemberian wang tunai atau cek sebagai saguhati atau ganjaran,malah rasuah boleh ditafsir dalam pelbagai bentuk.



Jadi kenapa saya berhimpun??

Oleh kerana Tikus sayang Negara Malaysia. Kalau sayang kenapa berhimpun buat kekacauan? Kerana Tikus sebagai generasi muda kurangnya platform untuk menyatakan pendapat kami tentang apa yang kami rasakan terhadap Negara ini. Ya memang diakui banyak sebenarnya platform/persatuan yang boleh mewakili kami,namun sejauh mana ketelusan platform/persatuan tersebut dan adakah ianyan tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti politik. Ingin saya tegaskan di sini bahawa BERSIH bukan mewakili mana-mana parti politik namun disebabkan figura yang menyokong pergerakan BERSIH ini menyebabkan ianya dilabel sebagai permainan politik. Mari kita lihat warganegara yang turun semasa perhimpunan tersebut, Tikus pasti ramai diantara mereka adalah penyokong parti politik yang berbeza. Namun apa yang menyatukan mereka semua adalah 8 TUNTUTAN tersebut. Tikus percaya mereka yang menghadiri perhimpunan tersebut punya satu tujuan, untuk melihat Negara kita Malaysia ditadbir dengan telus,adil dan bebas daripada pengaruh mana-mana pihak.


Begitu juga dengan tujuan Tikus menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 ini. Cukup sudah Tikus mendengar cerita dari sekeliling. Puas sudah melihat apa yang berlaku kepada Negara kita ini. Sudah sampai masanya Tikus bangun dan keluar daripada zon keselesaan Tikus,ya zon keselesaan Tikus. Zon keselesaan?? Kita berasa selasa dengan apa yang kita ada sekarang,tidak ingin mengambil tahu situasi orang lain, “ada ku kisah” mentaliti, saya menikmati subsidi dan sebagainya. Inilah yang dimaksudkan zon keselesaan dimana kita begitu selesa sehingga kita terlena dalam alam kita sendiri. Cukup sudah lena tersebut menyebabkan Tikus terbangun dan keluar daripada zon tersebut. Kenapa Tikus berhimpun?? Beban yang ingin digalas dibahu ini iaitu beban untuk ambil tahu dan bersuara bukanlah pilihan tapi kewajiban. Siapa lagi yang ingin menjadi suara kepada mereka yang memerlukan, yang tertindas, yang inginkan keadilan, anak-anak yang berada dibangku sekolah mahupun yang bakal menjejaki ke bumi  ini kalau tidak kita. Tikus lakukan kerana masa depan anak-anak Tikus, masa depan genearasi muda, masa depan keluaga Tikus dan terutamanya  Negara yang tercinta, Malaysia. Sudah tiba masanya generasi muda bangkit dan menyatakan pendirian mereka. Setiap individu mempunya hak untuk memilih dan bersuara kerana tiada siapa yang lebih berkuasa. Undang-undang dunia??Undang-undang dunia dicipta oleh manusia untuk diingkari oleh manusia. Ingatlah tujuan sebenar kita menyertai apapun.
 
Bukan untuk POLITIK tapi untuk MASA DEPAN!!

Sesampainya di laut ku khabarkan semuanya
Kepada karang, kepada ombak, kepada matahari
Tetapi semua diam, tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit
Ebiet G. Ade