Sunday 16 September 2012

“Tembok” Disebalik Laut China Selatan


Tikus ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 49 untuk Malaysia, merujuk kepada Hari Malaysia yang kita sambut pada 16 September setiap tahun. Banyak yang telah kita kecapi dan pelajari sebagai rakyat Malaysia selama 49 tahun perjalanan kita Rakyat Malaysia membentuk sebuah negara seperti adanya pada hari ini. Bukan hanya negara kita yang terus meningkat maju malahan pemikiran Rakyat Malaysia juga semakin terbuka seiring dengan pembangunan negara. Pemikiran yang lebih matang disulami kebijaksanaan namun berlandaskan norma kehidupan selaras dengan pegangan Rukun Negara setia kita amalkan. Tikus boleh katakan inilah keunikan yang kita miliki yang menjadikan kita, Rakyat Malaysia intipati untuk membentuk sebuah negara yang beridentitikan Malaysia.


Ingatlah Sejarah…

Bermula segalanya dari “Cobold Comission” yang mengunju ke arah kemerdekaan Sarawak-22 Julai 1963, Sabah-31 Ogos 1963 dan Singapura (kemudian diusir) yang akhirnya MEMBENTUK BERSAMA sebuah negara yang dinamakan Malaysia. Pembentukan bersama inilah yang telah menjadi kayu pengukur kepada negara Malaysia pada zaman tersebut, samada sesebuah negara ini mampu untuk berdikari dan membangun. Tikus boleh katakan disini bahawa Tikus bangga sebagai Rakyat Malaysia kerana kita telah membuktikannya selama 49 tahun bahawa kita mampu berdiri sendiri. Sejarah sebegini harus kita ingati untuk menjadi pengajaran kepada generasi muda seperti kita.


Pembinaan “Tembok”…

Namun dalam kita meniti 49 tahun yang penuh cabaran, dalam masa yang sama setiap daripada kita terus membina “Tembok” Disebalik Laut China Selatan tanpa kita sedari. “Tembok” yang kita, Rakyat Malaysia sendiri yang bina-“Tembok Prejudis”. Sudahlah Laut China Selatan memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak, ditambah pula dengan prejudis yang kita lemparkan terhadap satu sama lain yang akhirnya mengukuh dan meneguhkan lagi “Tembok” tersebut. Apa “Tembok Prejudis” itu? Tikus boleh katakan setiap pandangan negatif yang kita keluarkan terhadap satu sama lain yang bukan membina adalah “Tembok” tersebut. Kewujudan kumpulan anti-anti di Facebook, kenyataan yang menyinggung perasaan Rakyat Malaysia tidak kira bangsa, penghinaan terhadap agama di Malaysia, fakta yang kurang bernas tanpa penyelidikan, kritikan terhadap kemunduran sesebuah kaum dan sebagainya. Ini adalah antara prejudis yang kita lemparkan tanpa kita sedari akhirnya membina sebuah “Tembok” yang utuh yang dikenali “Tembok Prejudis”.


Sudah Cukup Sudah…

Ya! Lagu Nirwana band, ~sudah cukup cukup sudah, cukup sampai disini saja…~.CUKUP SUDAH SEGALA isu yang kurang membina yang kita bangkitkan, CUKUP SUDAH SEGALA tuduhan yang kita lemparkan, CUKUP SUDAH SEGALA penghinaan yang kita hamburkan, CUKUP SUDAH SEGALA pandangan serong yang kita sendiri bina. CUKUP SUDAH! Sudah tiba masanya kita Rakyat Malaysia bersatu dan menghayati erti Hari Malaysia itu yang sebenar. Singkirkan segala prejudis yang berada di kotak fikiran kita yang akhirnya akan membawa kepada keruntuhan “Tembok Prejudis” itu. Ingatlah bahawa sesebuah negara itu tidak akan dikategori sebagai negara tanpa adanya penghuni. Dan setiap daripada kita adalah identiti yang membentuk negara Malaysia. Apa yang kita Rakyat Malaysia ingin lihat suatu hari nanti bukanlah “Tembok Disebalik Laut China Selatan” tetapi “Jambatan” yang menghubungkan kita merentasi Laut China Selatan. “Jambatan” yang dibina berdasarkan “tiang-tiang” saling mengasihi, keamanan, perpaduan, saling menghormati, kesepakatan dan kebenaran.

                                                                 SELAMAT HARI MALAYSIA

Wednesday 12 September 2012

Hijaukah Bumiku?


Bising!Bising!Bising! Mungkin itu yang akan kita perkatakan kepada orang yang memperjuangkan dan memikirkan tentang bumi kita ini. Orang sebegini yang lebih dikenali sebagai Aktivis melalui tentangan yang sangat sukar pada dunia moden sekarang. Ya! Kita ingin bersaing dengan Negara yang lebih moden dan terus menerus untuk membangun demi sebuah pembangunan yang belum tentu kita ketahui hala tujunya kelak; nanti, mungkin hala tujunya adalah untuk menjadi Negara “MAJU”, “MUNGKIN”.




Demi sebuah pembangunan…

Namun pembangunan yang kita ingin kejar itu sedikit demi sedikit menjejaskan bumi kita. Mungkin kesannya agak kecil untuk kita “lihat” dengan mata kasar tapi seperti pepatah melayu mengatakan “Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”. Boleh Tikus katakan juga “ bina-bina,lama-lama jadi binasa”. Pembangunan yang Tikus maksudkan disini lebih kepada fizikal iaitu bangunan-bangunan, empangan yang tidak pernah cukup-cukup dan sebagainya. Bukan bermaksud Tikus untuk menentang pembangunan sebegini yang akan menguntungkan “rakyat” namun haruslah berpada-pada.


Jangka masa…

Jangka masa panjang yang kita fikirkan disini. Akibat terlalu banyak pembangunan, suatu hari nanti kita akan kekurangan hutan akibat penebangan pokok yang berleluasa. Hei!Pokok mengeluarkan oksigen dan menyerap karbon dioksida, semakin kurang pokok semakin kurang oksigen. Generasi muda jangan terlampau mengikut atau mengiyakan pembangunan yang dirancang dan dijalankan oleh generasi yang dahulu dari kita. KENAPA kerana mereka tidak akan bersama dengan kita untuk tahun-tahun yang akan mendatang. Kalau Negara kita sudah menyumbang banyak kepada penebangan hutan sama juga keadaan dengan Negara lain. Mungkin suatu hari nanti kita akan berjalan-jalan atau bersiar-siar dipasar dengan membawa tangki oksigen. UNTUK BERNAFAS LA!





Hutan Hujan Rimba...

Cukupkah hutan rimba kita suatu hari nanti untuk menampung keperluan oksigen kita? Fikirkan ini, perlukah kita ke hutan rimba setiap masa hanya untuk menikmati kesegaran flora dan mendapatkan sedikit oksigen? Fikirkan tentang orang lain yang jauh dari hutan rimba dan kebanyakan hutan rimba kita bukannya percuma kalau ingin masuk. Hutan yang sepatutnya kita nikmati secara percuma dahulu kini kita pelu bayar hanya untuk sekilas pandangan hijau bumi.


Hijau Bumi…

Kita tidak dapat bergantung dengan hutan hujan rimba sahaja. Hijau bumi ini lebih daripada itu. Tikus yakin semua mengimpikan kehidupan yang tenang dimasa tua nanti dimana kita ingin bangun dan mendengar keheningan pagi sambil menghirup udara yang segar. Namun semua itu haruslah bermula dari KITA yang berada dan bermastautin di zaman sekarang supaya generasi zaman akan datang juga dapat menikmati sama dan bukannya hanya ke muzium atau melihat dari kaca tv nipis kita. Mungkin sukar bagi kita untuk menghalang penebangan hutan namun perkara yang paling mudah boleh kita sumbangkan adalah menanam pokok atau bunga di kawasan rumah kita. Jangan buang sampah merata-rata,kurangkan penggunaan peghawa dingin dan mungkin juga menggunkan pengangkutan awam.