Bising!Bising!Bising! Mungkin itu yang akan kita perkatakan
kepada orang yang memperjuangkan dan memikirkan tentang bumi kita ini. Orang sebegini
yang lebih dikenali sebagai Aktivis melalui tentangan yang sangat sukar pada
dunia moden sekarang. Ya! Kita ingin bersaing dengan Negara yang lebih moden
dan terus menerus untuk membangun demi sebuah pembangunan yang belum tentu kita
ketahui hala tujunya kelak; nanti, mungkin hala tujunya adalah untuk menjadi Negara
“MAJU”, “MUNGKIN”.
Demi sebuah pembangunan…
Namun pembangunan yang kita ingin kejar itu sedikit demi
sedikit menjejaskan bumi kita. Mungkin kesannya agak kecil untuk kita “lihat”
dengan mata kasar tapi seperti pepatah melayu mengatakan “Sedikit-sedikit,
lama-lama jadi bukit”. Boleh Tikus katakan juga “ bina-bina,lama-lama jadi
binasa”. Pembangunan yang Tikus maksudkan disini lebih kepada fizikal iaitu
bangunan-bangunan, empangan yang tidak pernah cukup-cukup dan sebagainya. Bukan
bermaksud Tikus untuk menentang pembangunan sebegini yang akan menguntungkan “rakyat”
namun haruslah berpada-pada.
Jangka masa…
Jangka masa panjang yang kita fikirkan disini. Akibat terlalu
banyak pembangunan, suatu hari nanti kita akan kekurangan hutan akibat
penebangan pokok yang berleluasa. Hei!Pokok mengeluarkan oksigen dan menyerap
karbon dioksida, semakin kurang pokok semakin kurang oksigen. Generasi muda
jangan terlampau mengikut atau mengiyakan pembangunan yang dirancang dan
dijalankan oleh generasi yang dahulu dari kita. KENAPA kerana mereka tidak akan
bersama dengan kita untuk tahun-tahun yang akan mendatang. Kalau Negara kita
sudah menyumbang banyak kepada penebangan hutan sama juga keadaan dengan Negara
lain. Mungkin suatu hari nanti kita akan berjalan-jalan atau bersiar-siar
dipasar dengan membawa tangki oksigen. UNTUK BERNAFAS LA!
Hutan Hujan Rimba...
Cukupkah hutan rimba kita suatu hari nanti untuk menampung
keperluan oksigen kita? Fikirkan ini, perlukah kita ke hutan rimba setiap masa
hanya untuk menikmati kesegaran flora dan mendapatkan sedikit oksigen? Fikirkan
tentang orang lain yang jauh dari hutan rimba dan kebanyakan hutan rimba kita
bukannya percuma kalau ingin masuk. Hutan yang sepatutnya kita nikmati secara
percuma dahulu kini kita pelu bayar hanya untuk sekilas pandangan hijau bumi.
Hijau Bumi…
Kita tidak dapat bergantung dengan hutan hujan rimba sahaja.
Hijau bumi ini lebih daripada itu. Tikus yakin semua mengimpikan kehidupan yang
tenang dimasa tua nanti dimana kita ingin bangun dan mendengar keheningan pagi
sambil menghirup udara yang segar. Namun semua itu haruslah bermula dari KITA yang berada dan bermastautin di zaman sekarang supaya generasi zaman akan datang juga
dapat menikmati sama dan bukannya hanya ke muzium atau melihat dari kaca tv nipis
kita. Mungkin sukar bagi kita untuk menghalang penebangan hutan namun perkara
yang paling mudah boleh kita sumbangkan adalah menanam pokok atau bunga di
kawasan rumah kita. Jangan buang sampah merata-rata,kurangkan penggunaan
peghawa dingin dan mungkin juga menggunkan pengangkutan awam.
No comments:
Post a Comment