Friday, 17 August 2012

Itu pilihan anda...


Ya! Itu pilihan anda, pilihan tepat yang anda rasakan tepat. Mari kita lihat selama 15 tahun, 3 kali pilihan raya telah diadakan dan tempoh masa untuk sesuatu pilihan raya baru diadakan adalah 5 tahun sekali. Ya! 5 tahun sekali dan dalam 5 tahun tersebut...ok!mungkin 5 tahun tersebut belum cukup bagi “seorang pemimpin” untuk menunaikan janjinya. Ya!Tikus bersetuju terdapat banyak halangan terutamanya dari segi kewangan, infrastruktur dan mungkin kelulusan daripada “orang atasan”. Bagaimana pula untuk tempoh 10 tahun “seorang pemimpin” itu telah lama menjadi “wakil” bagi rakyat dikawasannya? Tidak cukupkah 10 tahun itu? Mungkin tidak dan rakyat dengan baik hatinya telah menambah 5 tahun lagi tempoh untuk menjadi wakil. Akhirnya rakyat dikawasan ini boleh bernafas “lega” kerana janji mereka akan ditunaikan.


Setelah 15 tahun...

Kerajaan telah bersetuju untuk meluluskan dana bagi pembinaan jalan yang menghubungkan 8 buah kampung di kawasan Terbat-Mapu ke Mongkos dan Tebedu setelah 15 tahun. Mari kita lihat apa yang telah kita dapat selama 15 tahun. Kemudahan air? Setuju TETAPI bagi sesetengah kawasan. Kemudahan elektrik? Setuju bagi SESETENGAH kawasan. Kemudahan infrastruktur seperti sekolah, balai polis, balai bomba, klinik kesihatan dan berkaitan? Setuju NAMUN hanya berpusat pada satu tempat. Jalan raya dari kampung ke kampung? Setuju NAMUN masih digunakan lori besar yang akhirnya merosakkan kembali jalan tersebut. Akhirnya kita mendapat saguhati yang “sangat menyenangkan hati” kita iaitu jambatan kecil. Namun apa yang berlaku kita masih merungut tentang “wakil rakyat” yang kita pilih dan pada hari pengundian...kita terus ke keputusannya sahaja. Ya! “wakil rakyat” yang sama juga akan menang.


Sudah cukupkah?

Jadi sudah cukupkah apa yang kita dapat selama 15 tahun kita meletakkan “kepercayaan” kepada “wakil rakyat” kita? Perlu lagikah kita menambah 5 tahun baru apa yang kita minta akan tercapai. Wah! Jalan raya ini mungkin propaganda tapi kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku selepas ini. Jika ianya sebelum pilihan raya, tahniah! Tikus ucapkan tetapi jika kita perlu menunggu selepas pilihan raya, “Bijak!” Tikus katakan. Bagaimana pula dengan kita yang mempunyai kuasa untuk menentukan segala-galanya? Kuasa yang hanya kita dapat sebagai seorang rakyat pada masa pilihan raya sahaja. Cukupkah apa yang kita dapat selama 15 tahun ini, mahukah kita menikmati kehidupan sebegini 15 tahun akan datang atau tersedarkah kita bahawa kuasa ditangan kita boleh mengubah kehidupan kita untuk 15 tahun akan datang. Tikus katakan “Itu Pilihan Anda”.

P/S: Tikus berasal dari salah satu kampung dikawasan ini.

No comments:

Post a Comment