Monday, 6 August 2012

Harapan–Impian


Masih terkenang kembali setiap wajah dan cerita yang Tikus dengar semasa kunjungan ke Timor Leste, Harapan-Impian merupakan teman baik bagi mereka yang berada di Timor Leste. Tikus sangat bertuah untuk dapat berkunjung ke Timor Leste dan melihat sendiri kehidupan disana kerana selama ini hanya mendengar cerita dari rakan-rakan. Apa yang dapat Tikus katakan bagi Timor Leste terutamanya anak-anak muda adalah Harapan-Impian menyertai mereka.

Untuk membina Impian bukanlah satu masalah. Kita mungkin mempunyai banyak Impian dalam kehidupan kita. Tikus sendiri juga mempunyai banyak Impian untuk dicapai selama masih hidup. Namun untuk menaruh Harapan terhadap Impian yang kita bina bukannya mudah. Sesetengah daripada kita cepat berputus asa dengan Impian yang kita ada oleh kerana Harapan. Mungkin Impian dan Harapan, jika dilihat sekilas pandangan boleh ditafsirkan sebagai mempunyai maksud yang sama.

Impian lebih kepada sesuatu yang kita ingin capai dalam jangka masa yang panjang tetapi untuk mencapai Impian itu kita perlukan Harapan dan Harapan adalah proses untuk mencapai Impian itu. Jadi pada saat ini mari kita lihat kembali senarai penuh Impian kita dan mulakan dengan melihat samada kita mempunyai Harapan untuk mencapai Impian tersebut. Bukan untuk melemahkan semangat anda tapi untuk membantu anda supaya mencapai satu Impian dalam satu masa berbekalkan Harapan yang ada.

                             Teruslah mempunyai Harapan untuk mencapai Impian.

No comments:

Post a Comment