Gol!!! Dan selesai sudah Euro 2012 dengan Spain menjadi
Juara Eropah sekaligus mencipta sejarah apabila menjadi negara pertama yang
memenangi kejohanan utama dunia dalam tempoh 3 tahun. Tahniah kepada Spain!
Persembahan para pemain Itali juga haruslah dipuji kerana mereka menyusun cara
permainan mereka dengan baik namun pada babak ke 2 perlawanan mereka telah
hilang sesuatu yang sangat penting iaitu SEMANGAT. Semangat berpasukan dapat
kita lihat dalam pasukan Itali namun apa yang hilang ialah semangat individu
tersebut. Semangat untuk memenangi perlawanan tersebut, semangat untuk menempa
kejayaan atau semangat untuk berusaha.
Kehidupan hari ini…
Setiap individu menghadapi pelbagai masalah yang menyebabkan
mereka berputus asa dan berhenti melakukan atau mengejar apa yang mereka
inginkan. Semangat yang berkobar-kobar hilang begitu sahaja. Kehidupan kita
hari ini lebih banyak dipengaruhi oleh orang disekeliling kita, apa yang kita
baca dari media masa, mungkin sesuatu program yang dianjurkan, mencemburui
kejayaan orang lain dan banyak lagi pengaruhnya. Negara kita juga kehilangan
semangat permuafakatan itu. Tidak cukup hanya seorang pejuang kedamaian atau
keamanan sahaja tetapi memerlukan sokongan dan bantuan semua yang tinggal di satu
Negara untk mencapai satu tujuan itu. Semakin hari semakin luntur semangat
kenegaraan itu yang tanpa kita sedari pada suatu hari nanti akan lenyap begitu
sahaja dan semakin menebal lah sifat “pentingkan diri sendiri” itu.
Masa hadapan…
Apakah harapan kita untuk masa hadapan terutamanya untuk Negara
yang kita cintai, Malaysia? Pada masa hadapan apa yang Tikus harapkan adalah
untuk semua kita bersatu dalam satu semangat permuafakatan. Semangat yang hanya
dapat kita lihat semasa perlawanan bola sepak terutamanya bila perlawanan yang
melibatkan pasukan Malaysia. Inilah yang kita impikan di Negara ini, dimana
kita lupa seketika akan latar belakang yang menjadi “identiti kita” dan hanya
memikirkan kejayaan Negara kita. Dan bila ini berlaku, yaknilah bahawa Negara kita
akan disanjung tinggi dimata dunia. Sudah tentu masa hadapan itu menjanjikan
sesuatu yang lebih bermakna tanpa kita ragu-ragu.
Semalam adalah sejarah, menjadi panduan hari ini untuk
merealisasikan masa hadapan yang lebih indah dan yang penting adalah hari ini,
apa yang kita lakukan.
No comments:
Post a Comment