Terlebih dahulu Tikus ingin menyatakan bahawa Tikus bukan menjadi penyokong mana-mana parti politik di Negara ini. Tikus datang sebagai seorang individu yang ingin melihat keadilan,kebenaran, perpaduan di antara rakyat,suara kepada semua yang tidak berdaya dan terutamanya Tikus datang sebagai warganegara Malaysia yang inginkan Negara nya maju ke hadapan namun berlandaskan keadilan dan kebenaran.
Mengupas kembali apa yang berlaku pada 28.04.2012 (ya!!tekaan anda betul),perhimpunan BERSIH 3.0 yang lalu. Selepas sahaja perhimpunan tersebut banyaklah isu-isu yang kita dengar terutamanya tentang kekasaran pihak polis terhadap peserta perhimpunan,sebaliknya juga berlaku kepada pihak polis,kekasaran terhadap para wartawan yang bertugas,kerugian yang di alami peniaga di kawasan tersebut malah kekotoran yang dilakukan selepas perhimpunan tersebut juga dijadikan isu. Semua isu ini telah kita jangkakan tidak kira samada perhimpunan,pilihan raya,konsert,perlawanan bola sepak dan sebagainya. Bukan hendak menuding jari kepada mana-mana pihak tapi apa yang perlu kita perlihatkan disini adalah disebalik tujuan perhimpunan tersebut.
Apa 8 tuntutan itu??
BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih), Reformasikan Undi Pos, Gunakan Dakwat Kekal, Akses Media Yang Bebas & Adil, Tempoh Berkempen Minima 21 Hari, Kukuhkan Institusi Awam, Hentikan Rasuah dan Hentikan Politik Kotor. Ini adalah 8 tuntutan BERSIH dan mengapa perhimpunan tersebut diadakan. Ya kerajaan telah meluluskan Penggunaan Dakwat Kekal namun hanya 1 daripada 8 tuntutan tersebut. Mari kita akui bahawa daripada 8 tuntutan tersebut terdapat 1 tuntutan yang mungkin sukar untuk dilakasanakan.YA!!HENTIKAN RASUAH. Rasuah bukan hanya merujuk kepada pemberian wang tunai atau cek sebagai saguhati atau ganjaran,malah rasuah boleh ditafsir dalam pelbagai bentuk.
Jadi kenapa saya berhimpun??
Oleh kerana Tikus sayang Negara Malaysia. Kalau sayang kenapa berhimpun buat kekacauan? Kerana Tikus sebagai generasi muda kurangnya platform untuk menyatakan pendapat kami tentang apa yang kami rasakan terhadap Negara ini. Ya memang diakui banyak sebenarnya platform/persatuan yang boleh mewakili kami,namun sejauh mana ketelusan platform/persatuan tersebut dan adakah ianyan tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti politik. Ingin saya tegaskan di sini bahawa BERSIH bukan mewakili mana-mana parti politik namun disebabkan figura yang menyokong pergerakan BERSIH ini menyebabkan ianya dilabel sebagai permainan politik. Mari kita lihat warganegara yang turun semasa perhimpunan tersebut, Tikus pasti ramai diantara mereka adalah penyokong parti politik yang berbeza. Namun apa yang menyatukan mereka semua adalah 8 TUNTUTAN tersebut. Tikus percaya mereka yang menghadiri perhimpunan tersebut punya satu tujuan, untuk melihat Negara kita Malaysia ditadbir dengan telus,adil dan bebas daripada pengaruh mana-mana pihak.
Begitu juga dengan tujuan Tikus menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 ini. Cukup sudah Tikus mendengar cerita dari sekeliling. Puas sudah melihat apa yang berlaku kepada Negara kita ini. Sudah sampai masanya Tikus bangun dan keluar daripada zon keselesaan Tikus,ya zon keselesaan Tikus. Zon keselesaan?? Kita berasa selasa dengan apa yang kita ada sekarang,tidak ingin mengambil tahu situasi orang lain, “ada ku kisah” mentaliti, saya menikmati subsidi dan sebagainya. Inilah yang dimaksudkan zon keselesaan dimana kita begitu selesa sehingga kita terlena dalam alam kita sendiri. Cukup sudah lena tersebut menyebabkan Tikus terbangun dan keluar daripada zon tersebut. Kenapa Tikus berhimpun?? Beban yang ingin digalas dibahu ini iaitu beban untuk ambil tahu dan bersuara bukanlah pilihan tapi kewajiban. Siapa lagi yang ingin menjadi suara kepada mereka yang memerlukan, yang tertindas, yang inginkan keadilan, anak-anak yang berada dibangku sekolah mahupun yang bakal menjejaki ke bumi ini kalau tidak kita. Tikus lakukan kerana masa depan anak-anak Tikus, masa depan genearasi muda, masa depan keluaga Tikus dan terutamanya Negara yang tercinta, Malaysia. Sudah tiba masanya generasi muda bangkit dan menyatakan pendirian mereka. Setiap individu mempunya hak untuk memilih dan bersuara kerana tiada siapa yang lebih berkuasa. Undang-undang dunia??Undang-undang dunia dicipta oleh manusia untuk diingkari oleh manusia. Ingatlah tujuan sebenar kita menyertai apapun.
Bukan untuk POLITIK tapi untuk MASA DEPAN!!
Sesampainya di laut ku khabarkan semuanya
Kepada karang, kepada ombak, kepada matahari
Tetapi semua diam, tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit
Kepada karang, kepada ombak, kepada matahari
Tetapi semua diam, tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit
Ebiet G. Ade
No comments:
Post a Comment