Saturday, 17 November 2012

Katak Dan Tempurungnya


Pernahkah kita mengalami perasaan dimana bangun sahaja dari tidur kita merasakan kosong yang teramat sangat? Itu yang Tikus alami pada suatu hari ketika tidak bekerja. Dan cuti yang sepatutnya dinikmati itu dipenuhi dengan membaca maklumat, berita terkini dan perkembangan terbaru. Sebelum ini Tikus merasakan sentiasa dipenuhi dengan informasi dan perkembangan yang terbaru di dalam dan luar negara. Setiap pagi juga Tikus Berjaya meluangkan masa untuk membaca berita-berita samada di Akhbar mahupun di laman sesawang. Informasi yang Tikus dapat dari membaca ini sangat berguna dan menjadi pelengkap kepada diri Tikus. Bak kata pepatah “Membaca Jambatan Ilmu”. Dan bercerita tentang rasa kekosongan yang Tikus alami pada hari tersebut sangatlah menyukarkan. Dan Tikus menjadikan “masih menyesuaikan diri dengan pekerjaan” sebagai alasan yang boleh diterima kesahihannya namun kurang bernas. Apa pun alas an yang kita ada tidak seharusnya menjadi penghalan bagi kita untuk tidak “Update” tentang perkembangan terkini. Seperti si katak yang sentiasa hidup dibawah tempurungnya. Walhal dunia diluar kita semakin meningkat maju dan sentiasa bergerak kehadapan tanpa sedikit pun memikir untuk ke belakang.

Hari ini Tikus ingin lontarkan pertanyaan kepada kita, dimana kah kita pada saat ini? Tanpa mengambil kira perspektif soalan yang dilontarkan, mari kita berfikir sejenak “Apa yang saya ketahui dan ingin tahu”. Tikus berharap kita tidak bangun pada suatu hari nanti dan merasakan perasaan yang kosong atau seperti kita baru lahir di dunia ini dan perlu banyak belajar. Dalam hidup ini kita perlu belajar dan bukan hanya mendengar sahaja. Begitu juga kita perlu memperlengkapi dan bukan hanya mendengar. Jadi janganlah kita seperti katak dengan tempurungnya yang begitu selesa tanpa ingin mengetahui perkembangan disekeliling kita. Usahakan apa yang kita ingin tahu dan perlu tahu. 

                        There is a wisdom of the head, and a wisdom of the heart. (Charles Dickens)

Saturday, 10 November 2012

I live simple


It’s been while since Tikus write or post any thought. How’s your life today? Do you enjoy your life much better than the one you leave behind? Always remember the first step you take in changing or improving your life. The memory can bring smile to your face or enlighten your day. World today can be tough with full of challenge ahead. And we tend to be influence by the thing surround us, where our “desire” control us to much greater extend that we can totally forget about what we “need”. In the end, when we think back, we were quickly being drive to the “path” so called regret. Regret of the action that we do or the step that we take.





I don’t want…

There’s a small “voice” within us that doesn’t want us to leave behind with this modern world life. We tend to follow or consume something that more toward our desire. Don’t get Tikus wrong. Tikus will not against anyone of you who follow or consume something to satisfy your desire. But when desire+compete, we know something wrong here or totally wrong. True because we try to compete with other person to have what they have. And at the end as Tikus said, we starting to think back and regret of what we follow or consume.


I use…

Let us start another first step of living simple life. Use every resource you can find or have. Go for something that you really “need” instead of something you “desire”. Never try to compete or follow other when you know you can’t because at the end it will not bring any benefit to you. Even it has benefit also it’s only for short term. Living simple also mean to respect and honor everyone around you with simple attitude and gratitude.

My formula for living is quite simple. I get up in the morning and I go to bed at night. In between, I occupy myself as best I can. (Cary Grant)

Friday, 19 October 2012

Untuk Sebarang Aduan…


Kita pastinya tahu akan kewujudan peti-peti yang tertulis “cadangan/aduan”, “suggestion box”, “maklum balas” dan sebagainya. Tujuan pihak kerajaan mahupun swasta mewujudkan peti-peti ini adalah supaya mereka dapat tahu sejauh mana kualiti perkhidmatan yang mereka terjemahkan. Malahan tujuan peti –peti seperti ini juga adalah untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan atau produk mereka. Dan sebahagian daripada kita mungkin tidakgemar menggunakan peti-peti ini (sama seperti Tikus) kerana kita tidak tahu samada cadangan/aduan/maklum balas kita itu dibaca ataupun diambil kira. Namun apa yang Tikus ingin bawa kepada kita kali ini adalah aduan/rungutan kita tentang kerajaan kita masa kini. Tikus yakin dan percaya kebanyakan daripada kita mempunyai banyak rungutan/aduan namun kita tidak tahu dimana saluran yang betul.


Kebebasan Bersuara…

Sememangnya setiap daripada kita mempunyai kebebasan bersuara. Kita boleh menyuarakan apa-apa sahaja pandangan kita namun ianya harus mengikut saluran yang betul dan beretika. Kebanyakan kita takut untuk bersuara bagi menyatakan pendapat kita mungkin kerana; 1) Tindakan undang-undang, 2) Pandangan orang sekeliling kita, 3) Halangan agama, 4) Kita sudah selesa dengan kehidupan kita dan tidak ingin ambil tahu. Itu yang boleh Tikus senaraikan sebab mengapa kita mengambil pendekatan untuk tidak bersuara. Dan akhirnya kita merungut/mengadu ditempat yang kita selasa dan rasa selamat  untuk lakukan. Ya!bukan di Facebook namun dihadapan kaca televisyen kita di dalam rumah iaitu zon keselesaan kita.


Kita Telah…

Di jalan raya kita telah Duduk dan Bantah sehinggalah ke luar negara. Internal Security Act (ISA) berjaya kita mansuhkan. Peaceful Assembly Act Berjaya kita wujudkan. Tidak lupa AUKU (Seksyen 15). Satu persatu Penipuan Berjaya kita bongkarkan. Ini adalah hasil daripada Kuasa Rakyat, kuasa yang sebenarnya ada pada kita namun gagal untuk kita manfaatkan bukan kerana kesalahan kita itu sendiri. Tikus boleh juga katakan ianya hasil usaha “BIJAK” dan LICIK pihak-pihak yang BERKUASA, berusaha untuk terus memerintah negara ini. Dan tidak sah kalau kita tidak menyentuh Media Massa kita yang sememangnya berat sebelah, sedikit sebanyak mempengaruhi minda kita.


Dalam Proses…

Kita sememangnya dalam proses untuk mewujudkan sebuah negara yang berdemokrasi dimana Ketulenan Demokrasi itu tidak dipertikaikan. Namun aduan/rungutan kita dihadapan kaca televisyen di rumah tidak akan membantu sekiranya kita terus memilih saluran ini. Sudah tiba masanya kita laksanakan apa yang kita yakin betul. Masanya semakin hampir untuk kita sekali lagi memilih kerajaan baru bagi negara kita. Apa pun pilihan kita, pastikan ianya bijak kerana kita memilih bukan kerana apa yang kita dapat secara segera daripada kerajaan tetapi pilihan tersebut haruslah mengambil kira masa hadapan anak-anak muda kita malahan juga anak-anak yang akan menikmati kehidupan dunia masa hadapan nanti. Jadi untuk sebarang aduan…sila ke Peti Undi Pilihan Raya.


                                                P/S: Sudahkah anda mendaftar sebagai pengundi?

Thursday, 11 October 2012

Masa<->Emas


Masa itu emas. Apa yang boleh Tikus gambar atau perkatakan melalui pepatah ini, masa adalah segala-galanya dalam kehidupan. Masa seolah-olah menentukan perjalanan hidup kita dan pasti kita tidak dapat hidup tanpa jam yang menyatakan masa. Cuba sembunyi segala perkakas/barang yang menunjukkan masa. Tikus percaya kita akan menjadi bingung untuk satu hari itu. Jangankan satu hari walhal 1 jam pun membuat kita gila tanpa melihat masa. Buat pertama kalinya Tikus berhadapan dengan “Flight Delay”, perkara terakhir yang ingin kita semua elak. Banyak penerbangan  yang telah Tikus lalui dan ini kali pertamanya Tikus menghadapi situasi dimana “Flight Delay” hampir 2 jam. Ya! Mungkin ada yang mempunyai pengalaman lebih dari 2 jam tersebut. Dapat Tikus katakan, mungkin Tikus sudah berada Kuala Lumpur pada waktu yang sepatutnya sekira penerbangan tidak ditunda. PENANTIAN SUATU PENYIKSAAN. Bayangkan yang terpaksa menunggu lebih dari 2 jam. 2 jam itu sangat berharga bagi kita manusia kerana dalam masa 2 jam itu kita boleh melakukan apa-apa saja. Pengalaman Tikus selama hampir 2 jam itu sungguh membosankan dan inilah yang menyebabkan artikel ini berjaya ditulis. Dan jangan risau kerana Tikus tidak akan bercerita tentang apa yang Tikus lalui selama 2 jam itu. Mungkin kita akan bosan mendengar cerita itu. Apa yang Tikus ingin kita fikirkan adalah apa yang mampu kita lakukan dalam tempoh 2 jam tersebut. Penantian suatu Penyiksaan kepada Penantian suatu Pengalaman dan mengubah 2 jam tersebut menjadi sangat berharga (bayangkan 1 Saat=100 gram emas).


Jangan Biarkan Terlepas…

Apa yang mampu kita lakukan dalam kita menunggu untuk jadual penerbangan kita yang seterusnya? Secara jujur Tikus katakan banyak perkara yang kita dapat lakukan. Membaca buku, merehatkan badan dikerusi urut, memuaskan “si perut”, melayari laman sesawang dan banyak lagi. Banyak daripada kita merungut dalam penantian tersebut. BERHENTI merungut, lihat sekeliling kita, buka minda dan tenangkan fikiran kita. Tikus yakin kita akan dapat melihat apa yang mampu kita lakukan dalam penantian dan pastinya menguntungkan kita. Membaca buku, keuntungan:kita dapat menambah pengetahuan. Merehatkan badan, keuntungan:melegakan tekanan. Memuaskan “Si Perut”, keuntungan:sudah tentu kenyang. Dan akhirnya akan menguntungkan diri sendiri juga. Pasti kita pernah mendengar konsep “Berfikir diluar kotak”? Kalau kita mampu mencapai konsep ini, tidak terkurung di dalam perasaan “menanti” kita akan mampu mengubah Penyiksaan menjadi Pengalaman. Apa pengalaman yang kita dapat? Semua yang kita lalui selama menanti tersebut tidak kira samada ianya manis, pahit, mengajar atau belajar.


Setiap Saat…

Sama juga dalam kehidupan kita. Setiap saat yang kita lalui itu biarlah ianya berharga. Mari kita renung sejenak apa yang telah kita lalui pada masa dahulu sehingga saat sekarang. Persoalannya adakah kita belajar sesuatu daripada apa yang kita lalui? Tiada! Jangan risau kerana dalam kehidupan ini kita sentiasa belajar dan mengajar. Jangan letakkan perkataan “lambat”, “lewat”, “sudah berumur” dan sebagainya menjadi penghalang bagi kita untuk terus belajar dan mencuba sesuatu yang baru. Kita hidup hanya sekali dan hiduplah dengan penuh bermakna. Biarkan setiap saat itu bagaikan emas yang sukar untuk kita temui.


               Semua orang mahu yang terbaik tetapi tidak pernah mencuba untuk buat yang terbaik

Wednesday, 3 October 2012

Where is the limit?


Often we advice a person to be patience on the situation that their currently going through. And sometimes you get this funny feeling about that advice because you were not going through the situation that person going through. On the receiving part, that person will either listen to your advice and change or listen to your advice and continue to listen. In life, we often face situation where our patience being put to test. The best part came when we try to ask “Where is my limit?” the question you should not ask to yourself but instead think about it. When you ask, you tend to set a point of your limit. Meaning “I will get angry if he/she do like that”. These show that we set a point where we wanted to be angry although we know we can still hold onto it.


The world ain’t all Sunshine and Rainbows…

Let Tikus tell you that, this world ain’t all Sunshine and Rainbows everyday as we live in the MEAN and NASTY WORLD. Admit it! You will not face a happy situation everyday neither the worse. We live in a world that include different people and not to mention different attitude. With different people living this earth, it makes us very unique. Beside if we were created by God with the same attitude/characteristics then the world would be easy but we would not grow and learning in every single day that we breath. These differences indicate that we have different limit of patience and when we get angry, we tend to blame people. “If he/she would not do that”, “His/her the one that started everything” and goes on. But do we need to blame each other for putting/test our patience to the limit? YES, NO or MAYBE and start to think back situation where you were not suppose to get angry but yet you do.


Don’t put into test…

Let us get back to the question of “Where is my limit?” Do we or people need to know where our limit is? Yes but do people have the right to put it into test, No Tikus think. Exactly WHY?? Simple reason, because a person itself doesn’t even know where his/her limit of patience or he/she simply has a high limitation. But we have no right to put people patience into TEST because we don’t even know the limitation of that person. But if we already put someone patience into test (with or without intention), see the result and think back “Where is the limit?”.




P/S: If you are tempted to lose patience with another, stop and think how patience God has been with you. 

Tuesday, 2 October 2012

How on earth, this earth has polluted?


Enjoying Tikus favorite program while drinking hot coffee, Tikus received a text message from one of Tikus friend. It’s about 11.15pm Tikus was being informed by this friend that one of our friend had her asthma attack again. Ok! Maybe you a bit confuse of how many person involve here. Only 3 people involve but the talking point is not about Tikus friend that getting her asthma back again. The talking point here arises when this situation brought Tikus to a question of “How on Earth, this Earth has polluted?”


Where were we…

This is a question where sooner or later every human being will encounter. There is no need to mention about what type of pollution we face this day. The answers were already in front of us or surround us. Just look around you and think back what has changed through the whole year you life up until today. Tikus bet that you already started to think back what you have done to this Earth. There is no need to start pointing finger to anybody that you think cause this situation. What we should think now is to start living Eco Friendly Lifestyle. Nowadays around the world, Eco Friendly Life started to being promoted. There were so much of eco friendly light, eco friendly building, eco friendly farm, eco friendly car, eco friendly cloth and more to mention about eco friendly product.


What should we…

We need to ensure that we are not being left behind by this new kind of lifestyle. Not only that we want to ensure that every person work together to make our living more healthy and making this world a better place for tomorrow generation. Don’t wait until we encounter the same question that Tikus encounter, “How on Earth, this Earth Has polluted?”

P/S: To Tikus friend, get well soon.

Sunday, 16 September 2012

“Tembok” Disebalik Laut China Selatan


Tikus ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 49 untuk Malaysia, merujuk kepada Hari Malaysia yang kita sambut pada 16 September setiap tahun. Banyak yang telah kita kecapi dan pelajari sebagai rakyat Malaysia selama 49 tahun perjalanan kita Rakyat Malaysia membentuk sebuah negara seperti adanya pada hari ini. Bukan hanya negara kita yang terus meningkat maju malahan pemikiran Rakyat Malaysia juga semakin terbuka seiring dengan pembangunan negara. Pemikiran yang lebih matang disulami kebijaksanaan namun berlandaskan norma kehidupan selaras dengan pegangan Rukun Negara setia kita amalkan. Tikus boleh katakan inilah keunikan yang kita miliki yang menjadikan kita, Rakyat Malaysia intipati untuk membentuk sebuah negara yang beridentitikan Malaysia.


Ingatlah Sejarah…

Bermula segalanya dari “Cobold Comission” yang mengunju ke arah kemerdekaan Sarawak-22 Julai 1963, Sabah-31 Ogos 1963 dan Singapura (kemudian diusir) yang akhirnya MEMBENTUK BERSAMA sebuah negara yang dinamakan Malaysia. Pembentukan bersama inilah yang telah menjadi kayu pengukur kepada negara Malaysia pada zaman tersebut, samada sesebuah negara ini mampu untuk berdikari dan membangun. Tikus boleh katakan disini bahawa Tikus bangga sebagai Rakyat Malaysia kerana kita telah membuktikannya selama 49 tahun bahawa kita mampu berdiri sendiri. Sejarah sebegini harus kita ingati untuk menjadi pengajaran kepada generasi muda seperti kita.


Pembinaan “Tembok”…

Namun dalam kita meniti 49 tahun yang penuh cabaran, dalam masa yang sama setiap daripada kita terus membina “Tembok” Disebalik Laut China Selatan tanpa kita sedari. “Tembok” yang kita, Rakyat Malaysia sendiri yang bina-“Tembok Prejudis”. Sudahlah Laut China Selatan memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak, ditambah pula dengan prejudis yang kita lemparkan terhadap satu sama lain yang akhirnya mengukuh dan meneguhkan lagi “Tembok” tersebut. Apa “Tembok Prejudis” itu? Tikus boleh katakan setiap pandangan negatif yang kita keluarkan terhadap satu sama lain yang bukan membina adalah “Tembok” tersebut. Kewujudan kumpulan anti-anti di Facebook, kenyataan yang menyinggung perasaan Rakyat Malaysia tidak kira bangsa, penghinaan terhadap agama di Malaysia, fakta yang kurang bernas tanpa penyelidikan, kritikan terhadap kemunduran sesebuah kaum dan sebagainya. Ini adalah antara prejudis yang kita lemparkan tanpa kita sedari akhirnya membina sebuah “Tembok” yang utuh yang dikenali “Tembok Prejudis”.


Sudah Cukup Sudah…

Ya! Lagu Nirwana band, ~sudah cukup cukup sudah, cukup sampai disini saja…~.CUKUP SUDAH SEGALA isu yang kurang membina yang kita bangkitkan, CUKUP SUDAH SEGALA tuduhan yang kita lemparkan, CUKUP SUDAH SEGALA penghinaan yang kita hamburkan, CUKUP SUDAH SEGALA pandangan serong yang kita sendiri bina. CUKUP SUDAH! Sudah tiba masanya kita Rakyat Malaysia bersatu dan menghayati erti Hari Malaysia itu yang sebenar. Singkirkan segala prejudis yang berada di kotak fikiran kita yang akhirnya akan membawa kepada keruntuhan “Tembok Prejudis” itu. Ingatlah bahawa sesebuah negara itu tidak akan dikategori sebagai negara tanpa adanya penghuni. Dan setiap daripada kita adalah identiti yang membentuk negara Malaysia. Apa yang kita Rakyat Malaysia ingin lihat suatu hari nanti bukanlah “Tembok Disebalik Laut China Selatan” tetapi “Jambatan” yang menghubungkan kita merentasi Laut China Selatan. “Jambatan” yang dibina berdasarkan “tiang-tiang” saling mengasihi, keamanan, perpaduan, saling menghormati, kesepakatan dan kebenaran.

                                                                 SELAMAT HARI MALAYSIA