Masa itu emas. Apa yang boleh Tikus gambar atau perkatakan
melalui pepatah ini, masa adalah segala-galanya dalam kehidupan. Masa seolah-olah
menentukan perjalanan hidup kita dan pasti kita tidak dapat hidup tanpa jam
yang menyatakan masa. Cuba sembunyi segala perkakas/barang yang menunjukkan
masa. Tikus percaya kita akan menjadi bingung untuk satu hari itu. Jangankan satu
hari walhal 1 jam pun membuat kita gila tanpa melihat masa. Buat pertama
kalinya Tikus berhadapan dengan “Flight Delay”, perkara terakhir yang ingin
kita semua elak. Banyak penerbangan yang
telah Tikus lalui dan ini kali pertamanya Tikus menghadapi situasi dimana “Flight
Delay” hampir 2 jam. Ya! Mungkin ada yang mempunyai pengalaman lebih dari 2 jam tersebut. Dapat Tikus katakan, mungkin Tikus sudah berada Kuala Lumpur pada
waktu yang sepatutnya sekira penerbangan tidak ditunda. PENANTIAN SUATU
PENYIKSAAN. Bayangkan yang terpaksa menunggu lebih dari 2 jam. 2 jam itu
sangat berharga bagi kita manusia kerana dalam masa 2 jam itu kita boleh
melakukan apa-apa saja. Pengalaman Tikus selama hampir 2 jam itu sungguh
membosankan dan inilah yang menyebabkan artikel ini berjaya ditulis. Dan jangan
risau kerana Tikus tidak akan bercerita tentang apa yang Tikus lalui selama 2
jam itu. Mungkin kita akan bosan mendengar cerita itu. Apa yang Tikus ingin
kita fikirkan adalah apa yang mampu kita lakukan dalam tempoh 2 jam tersebut.
Penantian suatu Penyiksaan kepada Penantian suatu Pengalaman dan mengubah 2 jam
tersebut menjadi sangat berharga (bayangkan 1 Saat=100 gram emas).
Jangan Biarkan Terlepas…
Apa yang mampu kita lakukan dalam kita menunggu untuk jadual
penerbangan kita yang seterusnya? Secara jujur Tikus katakan banyak perkara
yang kita dapat lakukan. Membaca buku, merehatkan badan dikerusi urut,
memuaskan “si perut”, melayari laman sesawang dan banyak lagi. Banyak daripada
kita merungut dalam penantian tersebut. BERHENTI merungut, lihat sekeliling
kita, buka minda dan tenangkan fikiran kita. Tikus yakin kita akan dapat
melihat apa yang mampu kita lakukan dalam penantian dan pastinya menguntungkan
kita. Membaca buku, keuntungan:kita dapat menambah pengetahuan. Merehatkan
badan, keuntungan:melegakan tekanan. Memuaskan “Si Perut”, keuntungan:sudah
tentu kenyang. Dan akhirnya akan menguntungkan diri sendiri juga. Pasti kita
pernah mendengar konsep “Berfikir diluar kotak”? Kalau kita mampu mencapai konsep
ini, tidak terkurung di dalam perasaan “menanti” kita akan mampu mengubah
Penyiksaan menjadi Pengalaman. Apa pengalaman yang kita dapat? Semua yang kita
lalui selama menanti tersebut tidak kira samada ianya manis, pahit, mengajar
atau belajar.
Setiap Saat…
Sama juga dalam kehidupan kita. Setiap saat yang kita lalui
itu biarlah ianya berharga. Mari kita renung sejenak apa yang telah kita lalui
pada masa dahulu sehingga saat sekarang. Persoalannya adakah kita belajar
sesuatu daripada apa yang kita lalui? Tiada! Jangan risau kerana dalam
kehidupan ini kita sentiasa belajar dan mengajar. Jangan letakkan perkataan “lambat”,
“lewat”, “sudah berumur” dan sebagainya menjadi penghalang bagi kita untuk
terus belajar dan mencuba sesuatu yang baru. Kita hidup hanya sekali dan hiduplah
dengan penuh bermakna. Biarkan setiap saat itu bagaikan emas yang sukar untuk
kita temui.
Semua orang mahu yang
terbaik tetapi tidak pernah mencuba untuk buat yang terbaik
No comments:
Post a Comment