Friday, 19 October 2012

Untuk Sebarang Aduan…


Kita pastinya tahu akan kewujudan peti-peti yang tertulis “cadangan/aduan”, “suggestion box”, “maklum balas” dan sebagainya. Tujuan pihak kerajaan mahupun swasta mewujudkan peti-peti ini adalah supaya mereka dapat tahu sejauh mana kualiti perkhidmatan yang mereka terjemahkan. Malahan tujuan peti –peti seperti ini juga adalah untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan atau produk mereka. Dan sebahagian daripada kita mungkin tidakgemar menggunakan peti-peti ini (sama seperti Tikus) kerana kita tidak tahu samada cadangan/aduan/maklum balas kita itu dibaca ataupun diambil kira. Namun apa yang Tikus ingin bawa kepada kita kali ini adalah aduan/rungutan kita tentang kerajaan kita masa kini. Tikus yakin dan percaya kebanyakan daripada kita mempunyai banyak rungutan/aduan namun kita tidak tahu dimana saluran yang betul.


Kebebasan Bersuara…

Sememangnya setiap daripada kita mempunyai kebebasan bersuara. Kita boleh menyuarakan apa-apa sahaja pandangan kita namun ianya harus mengikut saluran yang betul dan beretika. Kebanyakan kita takut untuk bersuara bagi menyatakan pendapat kita mungkin kerana; 1) Tindakan undang-undang, 2) Pandangan orang sekeliling kita, 3) Halangan agama, 4) Kita sudah selesa dengan kehidupan kita dan tidak ingin ambil tahu. Itu yang boleh Tikus senaraikan sebab mengapa kita mengambil pendekatan untuk tidak bersuara. Dan akhirnya kita merungut/mengadu ditempat yang kita selasa dan rasa selamat  untuk lakukan. Ya!bukan di Facebook namun dihadapan kaca televisyen kita di dalam rumah iaitu zon keselesaan kita.


Kita Telah…

Di jalan raya kita telah Duduk dan Bantah sehinggalah ke luar negara. Internal Security Act (ISA) berjaya kita mansuhkan. Peaceful Assembly Act Berjaya kita wujudkan. Tidak lupa AUKU (Seksyen 15). Satu persatu Penipuan Berjaya kita bongkarkan. Ini adalah hasil daripada Kuasa Rakyat, kuasa yang sebenarnya ada pada kita namun gagal untuk kita manfaatkan bukan kerana kesalahan kita itu sendiri. Tikus boleh juga katakan ianya hasil usaha “BIJAK” dan LICIK pihak-pihak yang BERKUASA, berusaha untuk terus memerintah negara ini. Dan tidak sah kalau kita tidak menyentuh Media Massa kita yang sememangnya berat sebelah, sedikit sebanyak mempengaruhi minda kita.


Dalam Proses…

Kita sememangnya dalam proses untuk mewujudkan sebuah negara yang berdemokrasi dimana Ketulenan Demokrasi itu tidak dipertikaikan. Namun aduan/rungutan kita dihadapan kaca televisyen di rumah tidak akan membantu sekiranya kita terus memilih saluran ini. Sudah tiba masanya kita laksanakan apa yang kita yakin betul. Masanya semakin hampir untuk kita sekali lagi memilih kerajaan baru bagi negara kita. Apa pun pilihan kita, pastikan ianya bijak kerana kita memilih bukan kerana apa yang kita dapat secara segera daripada kerajaan tetapi pilihan tersebut haruslah mengambil kira masa hadapan anak-anak muda kita malahan juga anak-anak yang akan menikmati kehidupan dunia masa hadapan nanti. Jadi untuk sebarang aduan…sila ke Peti Undi Pilihan Raya.


                                                P/S: Sudahkah anda mendaftar sebagai pengundi?

No comments:

Post a Comment