Kita pastinya tahu akan kewujudan peti-peti yang tertulis “cadangan/aduan”,
“suggestion box”, “maklum balas” dan sebagainya. Tujuan pihak kerajaan mahupun
swasta mewujudkan peti-peti ini adalah supaya mereka dapat tahu sejauh mana
kualiti perkhidmatan yang mereka terjemahkan. Malahan tujuan peti –peti seperti
ini juga adalah untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan atau produk mereka. Dan
sebahagian daripada kita mungkin tidakgemar menggunakan peti-peti ini (sama
seperti Tikus) kerana kita tidak tahu samada cadangan/aduan/maklum balas kita
itu dibaca ataupun diambil kira. Namun apa yang Tikus ingin bawa kepada kita
kali ini adalah aduan/rungutan kita tentang kerajaan kita masa kini. Tikus
yakin dan percaya kebanyakan daripada kita mempunyai banyak rungutan/aduan
namun kita tidak tahu dimana saluran yang betul.
Kebebasan Bersuara…
Sememangnya setiap daripada kita mempunyai kebebasan
bersuara. Kita boleh menyuarakan apa-apa sahaja pandangan kita namun ianya
harus mengikut saluran yang betul dan beretika. Kebanyakan kita takut untuk
bersuara bagi menyatakan pendapat kita mungkin kerana; 1) Tindakan undang-undang,
2) Pandangan orang sekeliling kita, 3) Halangan agama, 4) Kita sudah selesa
dengan kehidupan kita dan tidak ingin ambil tahu. Itu yang boleh Tikus
senaraikan sebab mengapa kita mengambil pendekatan untuk tidak bersuara. Dan akhirnya
kita merungut/mengadu ditempat yang kita selasa dan rasa selamat untuk lakukan. Ya!bukan di Facebook namun
dihadapan kaca televisyen kita di dalam rumah iaitu zon keselesaan kita.
Kita Telah…
Di jalan raya kita telah Duduk dan Bantah sehinggalah ke
luar negara. Internal Security Act (ISA) berjaya kita mansuhkan. Peaceful
Assembly Act Berjaya kita wujudkan. Tidak lupa AUKU (Seksyen 15). Satu persatu Penipuan Berjaya kita
bongkarkan. Ini adalah hasil daripada Kuasa Rakyat, kuasa yang sebenarnya ada
pada kita namun gagal untuk kita manfaatkan bukan kerana kesalahan kita itu
sendiri. Tikus boleh juga katakan ianya hasil usaha “BIJAK” dan LICIK pihak-pihak
yang BERKUASA, berusaha untuk terus memerintah negara ini. Dan tidak sah kalau
kita tidak menyentuh Media Massa kita yang sememangnya berat sebelah, sedikit
sebanyak mempengaruhi minda kita.
Dalam Proses…
Kita sememangnya dalam proses untuk mewujudkan sebuah negara
yang berdemokrasi dimana Ketulenan Demokrasi itu tidak dipertikaikan. Namun aduan/rungutan
kita dihadapan kaca televisyen di rumah tidak akan membantu sekiranya kita
terus memilih saluran ini. Sudah tiba masanya kita laksanakan apa yang kita
yakin betul. Masanya semakin hampir untuk kita sekali lagi memilih kerajaan
baru bagi negara kita. Apa pun pilihan kita, pastikan ianya bijak kerana kita
memilih bukan kerana apa yang kita dapat secara segera daripada kerajaan tetapi
pilihan tersebut haruslah mengambil kira masa hadapan anak-anak muda kita
malahan juga anak-anak yang akan menikmati kehidupan dunia masa hadapan nanti.
Jadi untuk sebarang aduan…sila ke Peti Undi Pilihan Raya.
P/S: Sudahkah anda mendaftar sebagai pengundi?