2012:Warna…
Tahun 2012 juga penuh dengan peristiwa yang penting tidak
kira ianya memberi kesan kepada kehidupan kita. Setiap dari peristiwa yang berlaku
dalam tahun 2012 sedikit sebanyak mengubah kehidupan manusia di dunia pada masa
akan datang. Mungkin sesetengah peristiwa itu menjadi kayu pengukur bagi kita
meneruskan kehidupan ini. Bagi Tikus banyak pengalaman yang telah dilalui dan
tidak kurang juga pengetahuan yang baru dipelajari. Melalui perjalanan yang
jauh beribu batu mengajar Tikus tentang erti kesabaran dan melihat kehidupan
manusia di dunia luar dari konteks penglihatan Tikus. Setiap tahun juga Tikus
akan mengambil masa sendiri untuk mengimbas kembali apa yang telah Tikus lalui
sepanjang 2012. Ianya membantu Tikus untuk melihat apa yang telah terlaksana
dan yang belum terlaksana.
Anda…
Bagaimana pula dengan anda? Sudahkan anda mengambil masa
untuk mengimbas kembali tahun 2012 anda? Harus diingat bahawa tujuan kita mengimbas
kembali adalah untuk mempelajari sesuatu dan bukannya untuk menyesal serta menyalahkan
diri sendiri. Mungkin ada diantara matlamat kita pada tahun 2012 belum lagi
tercapai dan inilah masanya kita melihat kembali senarai kita. Yang manakah
seharusnya kita bawa ke tahun 2013 dan menjadi keutamaan bagi kita?
P/S: Selamat Tahun Baru 2013